PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, November 17, 2012

HEWI KPT Prihatin Kebajikan Ahli


KAHERAH, 15 November  2012-  Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah mengadakan Jaulah ke Abu Ela’ di bawah seliaan Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Urusetia Mahasiswa Baru (USMB  ’12).

                Penyertaan bukan hanya melibatkan ahli KPT yang  menetap di rumah BKAN, malah turut disertai  oleh ahli yang menetap di rumah sewa. Ruang sebegini dilihat positif dalam mewujudkan perpaduan antara ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir  yang bermukim di rumah BKAN dengan ahli-ahli lain yang tinggal di luar sekaligus menyahut usul yang disepakati bersama pada sesi ini iaitu “ Mengukuhkan kesatuan di bawah naungan KPT“  dengan meningkatkan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa   KPT Mesir yang jauh dan dekat.

Sebagai persediaan menghadapi musim sejuk tahun ini, HEWI KPT Mesir mengambil inisiatif menganjurkan jaulah ini untuk membeli keperluan mahasiswi  dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar baru.

Semoga kebersamaan ahli dalam setiap program anjuran KPT dapat memberi  impak yang positif bagi memastikan kelangsungan KPT pada masa akan datang.