PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, November 24, 2012

Kunjungan Sempena Kelahiran Mujahidah


21 November, Kaherah- Saf kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir  Sesi 2012/2013 telah mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Saudari Ainatul Mardhiyyah binti Zakariya serta pasangannya, Saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah sempena kelahiran anak sulung mereka.

                Tanggal 17 November 2012 menjadi detik bermakna buat mereka apabila menerima kehadiran puteri baru ke dunia ini. Bayi tersebut dilahirkan sekitar jam tiga pagi  di Hospital Taufiqiah dengan berat sebanyak 2.3 kilogram.



                Semoga dengan kelahiran ini dapat menambahkan lagi generasi rabbani sebagai pemangkin perjuangan Islam pada masa akan datang.

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Ertinya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan bersih suci (Islam). Maka kedua ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim