PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, November 24, 2012

KUNJUNG HORMAT KE MARKAZ HEWI PMRAM


20 November, Kaherah- Pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir Sesi 2012/2013 telah mengadakan kunjung hormat ke Markaz HEWI PMRAM di Hayyu Sabi’.

Kunjungan ini diadakan agar pimpinan cawangan mengenali pimpinan pusat seterusnya dapat menjalinkan kerjasama yang utuh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Majlis dimulakan pada jam 3.50 petang dengan ucapan pengerusi majlis, Saudari Atiyqah binti Yusoff. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk mengadakan pertemuan ini dan mengalu-alukan kedatangan tetamu ke markaz. Majlis diteruskan dengan sesi taaruf dan soal jawab.

Antara persoalan yang dilontarkan ialah berkisar mengenai gerak kerja bagi portfolio yang dipegang, keberjayaan usul, permasalahan di peringkat BKAN dan beberapa lagi isu lain.

Usai soal jawab, pertemuan tiba ke penghujungnya. Ucapan penutup disampaikan oleh Saudari Siti Sarah binti Bushari, Naib Pengerusi HEWI II merangkap Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.
            Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian hadir dan barharap agar pertemuan ini membuahkan sesuatu yang bermanfaat kepada semua pihak.

“Ramai yang berlumba-lumba untuk memegang amanah namun tak ramai yang melaksanakannya. Hindarilah dua penyakit yang akan menjejaskan gerak kerja kalian; keinginan menaikkan nama cawangan masing-masing dan tidak boleh menerima teguran,” ujarnya.

   Majlis berakhir sekitar jam 5 petang. Semoga kunjungan ini dapat merapatkan tautan ukhwah sekaligus membentuk pasukan yang mantap bagi menggerakkan jentera Islam.