PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, March 20, 2012

Agihan Dermasiswa Zakat MAIDAM Sesi 2012


YDP - Makluman Zakat_edited
Assalamualaikum WBT.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 telah menerima senarai penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM sesi 2012. Seramai 195 orang mahasiswa layak menerima Dermasiswa Zakat MAIDAM pada sesi ini setelah menghantar 277 borang permohonan tersebut kepada MAIDAM melalui KPT Mesir.
Sehubungan dengan itu, semua penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM sesi ini dapat mengambil perhatian terhadap beberapa perkara sepertimana berikut :-
  1. Senarai nama penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM akan diumumkan melalui web KPT Mesir.
  2. Majlis agihan Dermasiswa Zakat MAIDAM sesi ini akan diadakan pada awal bulan April 2012 di Mesir.
  3. Segala permasalahan berkenaan Dermasiswa Zakat MAIDAM, sila berhubung kepada pihak MAIDAM melalui Cik Hamida (Tel: +609-630 3030 Samb. 3021)
Pihak KPT Mesir konsisten dalam memastikan kebajikan mahasiswa Terengganu sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, hubungan baik antara pihak KPT Mesir dan pelbagai pihak terus diperluaskan serta diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk kerjasama.
Kami memohon jasa baik seluruh mahasiswa Islam Terengganu agar sentiasa prihatin terhadap makluman yang akan diberikan dari semasa ke semasa melalui medium sebaran KPT Mesir. Diharapkan dapat disebarkan kepada yang berkenaan.
Sekian, wassalam.

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“BERILMU DAN BERAMAL”
Yang menjalankan amanah,
MOHD ZAHANI BIN ABDUL GHANI
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.