PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, August 12, 2011

DOAKAN KESEMBUHAN SAUDARA NOORAHMAD HAKIM


Kaherah, 12 Ogos 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) dimaklumkan bahawa Saudara Noorahmad Hakim bin Mohd Noor telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi atau Intensive Care Unit (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana sesak nafas (komplikasi oksigen dalam darah).


Beliau yang merupakan Ketua Biro Kebudayaan, Keseniaan & Sukan KPT Mesir telah dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 3 pagi waktu Malaysia hari ini (Jumaat).


Menurut Pemangku Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir; Saudara Afuza Abdullah bin Idiris, pihak KPT Mesir menerima berita ini daripada AJKT KPT Mesir dan keluarganya yang berada di Malaysia.


Justeru itu, pihak KPT Mesir memohon seluruh mahasiswa Mesir mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh beliau.