PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, August 4, 2011

TAUTAN HATI MERIBAT QALBI

KAHERAH 29 Julai 2011– Pihak Pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir 2010/2011 berkesempatan untuk turun beramai-ramai menziarahi Mahsiswi Perubatan Terengganu di Sayyidah Zainab.


Bahang kepanasan di tengah hari bukanlah satu penghalang untuk bersama-sama berhimpun di antara satu sama lain, bahkan ia menjadi satu kewajipan pimpinan untuk bersama ahli bagi mengetahui permasalahan serta menerangkan dan memantau keadaan semasa. Lawatan ini disambut baik oleh Mahasiswi Perubatan Terengganu yang menuntut di Universiti Kaherah, yang tinggal di kawasan Sayyidah Zainab dan sekitarnya.


Lawatan ini dipengerusikan oleh Setiausaha HEWI KPT Mesir 2010/2011; Saudari Naufal binti Kamaruddin. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan Saf Kepimpanan HEWI KPT walaupun dalam kesempitan waktu yang ada.


Selepas itu, diadakan sesi taaruf antara pimpinan HEWI bersama ahli perubatan dalam memperkenalkan identiti antara satu sama lain dan mengenali KPT Mesir dengan lebih dekat.


Naib Pengerusi HEWI KPT Mesir 2010/2011; Saudari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim ketika menyampaikan ucapan, beliau menyeru supaya lawatan ini dapat diteruskan lagi bagi meribat ukhuwwah antara satu sama lain walaupun berbeza bidang pengajian. Beliau turut mengumumkan aktiviti-aktiviti terdekat yang akan dijalankan oleh KPT Mesir pada sesi ini yang masih berbaki.


Turut berucap dalam lawatan kali ini adalah Mandubah Sayyidah Zainab; Saudari Najihah binti Hussin. Beliau amat mengalu-alukan kedatangan Pimpinan HEWI ke kediaman pelajar perubatan di sana, serta menyatakan kekesalan dan kemaafan kerana terpaksa menangguh beberapa perjumpaan yang telah dirancang sebelum ini.


Lawatan ini diakhiri dengan dihidangkan sedikit jamuan oleh tuan rumah. Jazakumullahu khairal jaza’ kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Liqa’ Mahabbah ke Sayyidah Zainab kali ini. Semoga usaha kalian Allah nilai sebagai amal baik di akhirat kelak, InsyaAllah.