PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, August 11, 2011

KPT MESIR KOMITED BANTU KEBAJIKAN MAHASISWA

7 Ogos 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sentiasa komited dalam membantu kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa Terengganu ketika berada di Mesir.


Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar menegaskan bahawa isu mahasiswa Terengganu yang telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak Yayasan Terengganu ekoran penglibatan Bersih telah mendapat perhatian daripada pihak KPT Mesir.


Setakat ini, seramai sembilan mahasiswa dikenal pasti telah diberikan notis tersebut.


Oleh itu menurut beliau lagi, pihak KPT Mesir telah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan mahasiswa Terengganu selepas menunaikan solat tarawih secara berjemaah di Surau Darul Iman.


Pihak KPT Mesir memohon seluruh mahasiswa Islam mendoakan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.