PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, December 28, 2011

KEMBARA RABITHAH SIRI 1: MENJEJAKI AHLI DI ARMA


KAHERAH, 28 DIS – Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir terus konsisten menjalankan agenda dakwah dengan meneruskan lagi  misi menziarah ahli. Kali ini, wakil HEWI turun padang mengunjungi ahli yang menetap di luar Kompleks Darul Iman. Program gemilang ini dinamakan “Kembara Rabithah” berobjektifkan dakwah dan ukhwah disamping menerapkan rasa ‘KPT milik semua’.

Kembara sulung ini memilih lokasi Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) sebagai Kembara Rabithah Siri 1. Kediaman yang dituju adalah kediaman Mandubah KPT di sana; saudari Syifa’ Hanani Mohd Shukri.
Rombongan ini diketuai Raisah KPT Mesir;  saudari Nuraini Abdullah, Ketua Unit Dakwah; saudari Mardhiah Nordin dan Ketua Unit Perumahan merangkap HEWI Angkat ARMA; saudari Siti Ruqayyah Ahmad.

Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk

  Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita. 

Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu/spesifik (36.5-37.2 darjah celcius). Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.

Monday, December 26, 2011

Majlis Pelancaran KSA & Tautan Raudhah: Jalin Ukhwah, Tambah Thaqafah

KAHERAH, 23 Dis – Hal Ehwal Wanita Islam ( HEWI ) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir  sentiasa optimis dalam memastikan kredibiliti mahasiswi Islam dipertingkatkan. Justeru, satu Majlis Pelancaran Kuliah Sayyidul Ayyam dan Tautan Raudhah telah berjaya diadakan sempena Muzakarah Berkelompok Gabungan minggu ini.

Majlis yang penuh seri ini dirasmikan oleh Saudari Noor Akmaizan Yusof; Hewi Angkat PMRAM Cawangan Terengganu di Dewan Darul Iman, seawal jam 9 pagi.

Yuran Markaz Bahasa :PMRAM Terus Berusaha

KAHERAH, 25 Dis - Usaha Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) bagi membantu meringankan beban mahasiswa baru markaz bahasa Universiti Al-Azhar diteruskan lagi dengan menghantar surat permohonan kepada pejabat WAAG semalam.

Surat yang terkandung permohonan tersebut adalah menuntut keringanan bagi pelajar markaz bahasa untuk menjelaskan bayaran yuran itu disampaikan oleh Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan kepada Pengurus WAAG Ustaz Ismai Haitham.

Wednesday, December 21, 2011

KUNJUNG HORMAT KE MARKAZ HEWI PMRAM : KESATUAN UKHWAH MANIFESTASI TARBIAH


KAHERAH, 20 DISEMBER- Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 dengan penuh rasa takzim, mengadakan kunjung hormat ke Markaz HEWI PMRAM pada petang semalam.

Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah antara barisan kepimpinan HEWI PMRAM dan  kepimpinan AJK HEWI  KPT Mesir dalam pada membincangkan permasalahan serta perkongsian idea dua hala dalam meningkatkan kredibiliti dan jati diri muslimah khususnya.

Sunday, December 18, 2011

ZIARAH MAQAM SEKITAR KAHERAH; MENYELUSURI KEMULIAAN AULIYA’


KAHERAH, 16 DISEMBER – Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Unit Dakwah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah berjaya menganjurkan ziarah maqam sekitar Kaherah.



Seramai 51 ahli melibatkan diri bagi bersama-sama menyelami dan mengenali dengan lebih dekat para ulama’ yang banyak memberi sumbangan besar terhadap dakwah Islam di pelusuk bumi Mesir. Bertolak jam 8 pagi, ziarah maqam kali ini berjaya menjejak 22 maqam wali-wali Allah.



Di samping itu, ahli turut diberi penerangan oleh Ketua Musyrif; Ustaz Abdul Mannan Jusoh berkisar mengenai maqam yang dilawati.

Antara maqam yang diziarahi ialah :

1.       Syeikh Soleh Jaafari
2.       Syeikh Abu Muhammad Abdullah Jamaluddin ibnu Hisham Alkanasi
3.       Sidi Ali Khawwas
4.       Saidina Hussein
5.       Syeikh Abdul Wahhab As-Sya’rani
6.       Syeikh Syihabuddin Ar-Romli
7.       Sultan Hanafi
8.       Sidi Abdul Rahman
9.       Sayyidah Zainab
10.   Sayyidah Sukainah
11.   Sayyidah Ruqayyah
12.   Sidi Ali Al-Ja’fari
13.   Sayyidah Atiqah
14.   Sayyidah Nafisah
15.   Imam Syafie
16.   Syeikh Zakaria Al-Ansori
17.   Wali Soghir
18.   Syeikh Taqiuddin Muhammad bin Ali
19.   Ibnu Ata’illah As-Sakandari
20.   Syeikh Abdullah ibnu Hamzah
21.   Sidi Muhammad Ibnu Sayyid An-Nas
22.   Mihrab Sayyidah Nafisah


Ziarah Maqam Auliya’ berakhir sekitar jam 6.50 malam. Semoga dapat mengambil ibrah dan manfaat
dari program ziarah yang diadakan.



Saturday, December 17, 2011

Jejak Mawaddah Siri I

Program Jejak Mawaddah (JM) dibawah anjuran Unit Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) telah membuka tirai untuk sesi 2011/2012 pada 12 Disember baru-baru ini.

Program diadakan bertujuan mengeratkan lagi ukhuwwah islamiah antara ahli HEWI yang bujang dengan golongan mutazawwijin.

Jejak Mawaddah Siri 1 baru-baru ini telah menziarahi kediaman pasangan Puan Siti Norul Aini Hasmidar binti Md Razali dan Ustaz Muzani bin Abdul Rahman yang baru sahaja  beberapa bulan  menimang cahaya mata yang pertama; adik Huurun Ain Solehah.

Program bermula pada jam 4.00 petang dengan dihadiri 15 orang akhawat bersama Ahli Jawatankuasa HEWI. Majlis dipengerusikan oleh Ketua Unit Kebajikan HEWI; saudari Nur Hamizah binti Zahid, disusuli  ucapan dari tuan rumah seterusnya  tidak dilupakan ucapan daripada wakil HEWI.

Kesimpulan dari ucapan tersebut, mengharapkan agar program seumpama ini diteruskan lagi agar ikatan hati-hati  dibawah satu ikatan  akidah islamiah ini berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

Majlis diteruskan dengan  pemberian cenderahati  dari KPT Mesir kepada tuan rumah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi HEWI; Ustazah Nuraini binti Abdullah.

 Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yg telah disediakan. Terima kasih kepada tuan rumah dan ahli HEWI yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program dan mengharapkan agar program ini dapat diteruskan lagi bagi siri-siri akan datang.


Thursday, December 15, 2011

Thaqafah Berkualiti Membentuk Keluarga Mithali

KAHERAH, 10 Dis - Penekanan thaqafah merupakan tunjang utama dalam membina sebuah generasi yang dicorakkan di atas landasan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
 
Oleh kerana yang demikian penekanan yang disasarkan dalam penganjuran Madrasah Saidatina Aisyah ( MSA ) dibawah Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 2011 selama ini dengan melaksanakan beberapa agenda dan aktivitinya tidak lain dan tidak bukan bagi merealisasikan objektif dan matlamat tersebut.
 
Antara pengisian yang mendapt sambutan baik dikalangan mahasiswi baru-baru ini samada pengajian Islam mahupun perubatan adalah diskusi kitabTarbiatul Aulad Fil Islam “ karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.
 
Kitab ini menjadi pilihan MSA pada kali ini dengan bertujuan untuk memahami konsep bait muslim yang sering dibicarakan dan objektif perlaksanaannya mengikut pandangan syara'.
 
Dengan menampilkan tenaga pengisi khusus daripada Unit Bait Muslim sendiri Saudari Hanisah bt Hj Muslim dan Saudari Noor Hafizah bt Samsudin dapat memberikan gambaran bahawa walaupun sudah bergelar seorang isteri tiada halangan dalam memenuhi kehendak semasa untuk melebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
 
Diskusi ini akan diteruskan lagi pada siri akan datang menerusi bab yang kedua bermula selepas musim peperiksaan nanti.
 
Memetik kalam yang ingin disampaikan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya,“ Untuk menjadikan Negara yang memahami Islam perlulah bermula dari pemahaman Islam dan aqidah yang baik, seterusnya bijak dalam memilih pasangan hidup yang sama-sama akan bergerak dalam mentarbiah anak-anak mengikut arca Islam dan syariat Allah”.
 
Dr Nasih Ulwan juga telah menetapkan senarai kitab yang perlu dibentangkan kepada anak-anak mengikut lapisan umur dan cara mengatasi keruntuhan akhlak dikalangan anak-anak.
 
Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi menerusi kitab ini antaranya bagi memanfaatkan peranan muslimah sekaligus memantapkan jati diri seorang muslimah yang lengkap dengan ilmu dan akhlak yang sempurna.
 
"Semoga dengan pembentangan daripada kitab ini dapat memberikan kefahaman yang jelas dengan apa yang Islam gariskan dan tiada alasan untuk kita tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian agar ilmu ini seiring dengan amal,” ujar Saudari Intan Soraya Hashim selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM ketika ditemui semalam.
 
“HEWI PMRAM tetap optimis dalam menjayakan pembawaan dan tema HEWI PMRAM dibawah subtopik ‘Jana Thaqafah Gilap Kemahiran’ yang mana lebih memfokus kepada peningkatan ilmiah dan thaqafah dikalangan ahli HEWI khususnya,” ujar Saudari Nurain Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI.

Sunday, December 11, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga


Lebih 1400 tahun yang lalu, sebuah cara hidup bernama Al-Islam telah lahir lantas menobatkan manusia di tempat sewajarnya, tidak lagi dibelenggu Jahiliah, tidak lagi diseret ke makam terendah. Agama Islam telah meninggikan semula martabat golongan wanita, dan pernyataan ini bukanlah hakikat yang mampu ternafikan.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.

MAJLIS INTERAKSI HARMONI MENGERATKAN KESATUAN AHLI


KAHERAH, 9 DISEMBER – Barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) di bawah anjuran Unit Perancang dan Unit Dakwah telah menjayakan majlis ramah mesra bersama ahli HEWI bertempat di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier.

Majlis diadakan bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas terhadap ahli berkenaan gerak kerja bagi setiap unit. Selain itu, ahli berpeluang menyuarakan permasalahan, cadangan dan muhasabah bagi memantapkan lagi perjalanan gerak kerja HEWI pada sesi ini.

Antara komentar dan cadangan yang disuarakan ialah mengenai permasalahan air, tindakan untuk pemerkasaan ekonomi, serta cadangan  membekalkan pelapis agar tidak berlaku kepupusan tenaga pakar pada masa akan datang.

Friday, December 9, 2011

SWAD : Medium menggarap kemahiran ahli HEWI



KAHERAH, 2 DisBagi mencapai objektif penubuhan Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM, SWAD siswi pada sesi ini telah berjaya mengadakan kelas taekwando dan silat.
 
Kelas yang diadakan pada setiap minggu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli siswi
 
Bagi memberi laluan sepenuhnya kepada mahasiswa mahasisiwi lebih fokus terhadap akademik, kelas tersebut telah ditawaquf pada minggu lepas dan akan disambung selepas imtihan fasa satu nanti.
 
"Sebenarnya seni beladiri ini bukan sahaja untuk mengasah bakat, malahan sebagai satu ilmu tambah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan keadaan keselamatan sekarang yang amat memerlukan kepada ilmu mempertahankan diri lebih- lebih lagi bagi mahasiswi khususnya, ” ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan
 
Perkara ini sejajar dengan kehendak PMRAM yang mahukan ahlinya mantap dengan thaqafah dan pelbagai kemahiran dalam mengharungi mehnah hidup masyarakat disini dan di Malaysia kelak
 
Semoga medan yang disediakan ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh setiap mahasiswi yang merasakan pentingnya dalam menggarap kemahiran.

Tuesday, December 6, 2011

Tahniah Kepada Pasangan Pengantin


KAHERAH, 6 Disember  – Sekalung tahniah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) buat pasangan pengantin baru; Saudara Ahmad Zuhhad Ataillah bin Abdul Rahman yang juga merupakan ketua Biro Kebudayaan Kesenian dan Sukan dan saudari Che Engku Khairunnisa binti Che Engku Rozali.
                                                        
Turut hadir pada majlis itu adalah wakil Pegawai Education Malaysia of Egypt, Penolong Pegawai HEP Terengganu, serta wakil Badan Pengurus dan HEWI PMRAM.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di Dewan Darul Iman bermula jam 10 pagi dan dikendalikan di bawah Unit Bait Muslim KPT Mesir.

Seluruh saf kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.

Selamat menggalas tanggungjawab yang lebih besar; sebagai suami yang soleh dan isteri yang solehah seterusnya melahirkan zuriat dan umat Rasulullah sollallohu `alaihi wasallam yang bertaqwa sebagai penerus perjuangan Islam.


HIJRAH : MOMENTUM IMAN DAN JIHAD

 
HIJRAH
MOMENTUM IMAN DAN JIHAD
 
 
 
Bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam taqwim Hijriah yang begitu terkenal dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan para muhajirin dari kota Makkah  ke kota Madinah.

Hakikatnya, hijrah Rasulullah tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan tiba di kota Madinah pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal.

Namun detik peristiwa tersebut dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab kerana ianya telah menghasilkan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah iaitu pembentukan sebuah negara Islam yang pertama.

Saturday, December 3, 2011

Makluman Berkenaan Permasalahan Air

Merujuk pada permasalahan  air yang berlaku di kompleks sebelah siswi, Unit Perumahan  Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir dengan kerjasama biro telah mengambil inisiatif; menyalurkan wayar yang disambungkan dari tangki sebelah siswa ke kediaman sebelah siswi.

Hasil perjumpaan dengan musyrifah setiap bilik, satu keputusan telah dicapai untuk mengatasi masalah ini. Keputusannya adalah seperti berikut:-


*Penggunaan wayar adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

 *Penggunaan wayar setiap paras yang terlibat bermula jam 5 pagi.

 *Ketika penggunaan wayar, pastikan menadah air yang secukupnya.

 *Setiap paras mestilah bertolak-ansur ketika penggunaan wayar. 

*Pastikan lantai sentiasa kering, sila mop dengan mop paras jika lantai basah
  agar tidak berlaku kejadian yang tidakdiingini.

 *Bermula  jam 11 malam hingga 5 pagisetiap hari, pastikan setiap rumah
  menutup punca air utama rumah masing-masing.

*Jimatkan penggunaan air.


Diharapkan kepada ahli dapat memberi kerjasama untuk kebaikan semua.



Unit Perumahan
Hal Ehwal Wanita Islam
Keluarga Penuntut- penuntut Terengganu Mesir
Sesi 2011/2012

Kesatuan Menjamin Kesinambungan Islam

KAHERAH, 1 Dis– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan Ijtima’ Usbu’ie iaitu Diskusi Kitab ‘At-tariq ila Wahdah Islamiah’ di Dewan Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Pendiskusi kitab ‘At-tariq ila Wahdah Islamiah’ ialah saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM 2011.
Beliau menerangkan kesatuan ataupun ukhuwah merupakan suatu tuntutan yang amat penting dalam Islam. Selain itu, kesatuan juga adalah tunjang kekuatan dan kehebatan ummah dalam menjayakan kelangsungan risalah dakwah yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.