PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, December 3, 2011

Kesatuan Menjamin Kesinambungan Islam

KAHERAH, 1 Dis– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan Ijtima’ Usbu’ie iaitu Diskusi Kitab ‘At-tariq ila Wahdah Islamiah’ di Dewan Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Pendiskusi kitab ‘At-tariq ila Wahdah Islamiah’ ialah saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM 2011.
Beliau menerangkan kesatuan ataupun ukhuwah merupakan suatu tuntutan yang amat penting dalam Islam. Selain itu, kesatuan juga adalah tunjang kekuatan dan kehebatan ummah dalam menjayakan kelangsungan risalah dakwah yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Perjuangan Islam bukan suatu perkara yang mudah tetapi tugas ini memerlukan seseorang yang menumpukan segala perkara samada dari segi fikrah,ilmu,kefahaman,tindakan,kata-kata,jiwa raga bahkan nyawanya untuk digadaikan demi melihat Islam itu tinggi. Justeru, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan” ujar saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Sikh Nawawi.

Seterusnya majlis penyampaian cenderahati oleh YDP KPT Mesir sesi 2011/2012 kepada saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Sikh Nawawi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar menjaga payungan kesatuan ini demi kelangsungan Islam di bawah naungan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir yang telah ditubuhkan pada 1964 untuk menjaga kebajikan ahli keseluruhannya.
“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”