PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, December 11, 2011

MAJLIS INTERAKSI HARMONI MENGERATKAN KESATUAN AHLI


KAHERAH, 9 DISEMBER – Barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) di bawah anjuran Unit Perancang dan Unit Dakwah telah menjayakan majlis ramah mesra bersama ahli HEWI bertempat di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier.

Majlis diadakan bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas terhadap ahli berkenaan gerak kerja bagi setiap unit. Selain itu, ahli berpeluang menyuarakan permasalahan, cadangan dan muhasabah bagi memantapkan lagi perjalanan gerak kerja HEWI pada sesi ini.

Antara komentar dan cadangan yang disuarakan ialah mengenai permasalahan air, tindakan untuk pemerkasaan ekonomi, serta cadangan  membekalkan pelapis agar tidak berlaku kepupusan tenaga pakar pada masa akan datang.

Kita mengharapkan agar ahli HEWI dapat memberi komitmen yang sebaiknya untuk membawa KPT ke arah yang lebih baik. KPT untuk semua; bukan untuk AJKT sahaja, bukan untuk AJK HEWI sahaja, tapi untuk semua,” ujar Naib Pengerusi HEWI KPT; saudari Nuraini Abdullah dalam ucapan akhirnya di majlis tersebut.  

Antara elemen lain yang ditekankan ialah mengenai tautan ukhwah sesama ahli. Tanpa jalinan ukhwah yang kukuh, masalah perpecahan akan mudah melanda dan seterusnya menjejaskan kesatuan ahli yang terbina.

Di samping itu, turut diadakan majlis watikah pelantikan HEWI angkat dan madam angkat bagi setiap bilik.

KPT Mesir mengharapkan kerjasama dari ahli dalam membawa bahtera KPT ke arah yang lebih mantap demi kelangsungan dakwah Islam itu sendiri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama menjayakan majlis ini.