PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, December 21, 2011

KUNJUNG HORMAT KE MARKAZ HEWI PMRAM : KESATUAN UKHWAH MANIFESTASI TARBIAH


KAHERAH, 20 DISEMBER- Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 dengan penuh rasa takzim, mengadakan kunjung hormat ke Markaz HEWI PMRAM pada petang semalam.

Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah antara barisan kepimpinan HEWI PMRAM dan  kepimpinan AJK HEWI  KPT Mesir dalam pada membincangkan permasalahan serta perkongsian idea dua hala dalam meningkatkan kredibiliti dan jati diri muslimah khususnya.

Berucap dalam kalam alu-aluan, saudari Nuraini Yaakob selaku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM menekankan aspek kelicinan gerak kerja serta kewajipan pimpinan menjuarai isu, disamping memberi taujihat imtihan serta menekankan konsep dosa dan pahala tatkala memikul amanah yang terpundak.

“Ana berharap agar para pimpinan menghadam gerak kerja secara lumat. Biarlah kita ada satu momentum untuk dipersembahkan kepada orang lain”, ujarnya.

Barisan kepimpinan KPT Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan ini dan semoga pertemuan ini mampu mengeratkan lagi ukhwah serta melicinkan lagi perjalanan HEWI KPT Mesir  kelak.