PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, November 27, 2011

GOTONG- ROYONG SEMPENA MAAL HIJRAH 1433H

Kaherah, 26 November – Bersempena 1 Muharam, Unit Perumahan  Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) telah mengadakan gotong-royong membersih tangga paras sebagai satu momentum kepada perubahan yang lebih baik; memastikan persekitaran sentiasa dalam keadaan aman dan bersih.

Gotong- royong bermula seawal jam 7 pagi dan dimulakan dari paras 5; paras teratas. Aktiviti pembersihan dibuat di sekitar kawasan rumah masing-masing, iaitu tangga dan koridor di setiap paras.Ahli HEWI telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti gotong-royong pada kali ini.Aktiviti ini berakhir sekitar jam 8.45 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu menjayakannya.Semoga semua ahli dapat menjaga kebersihan untuk memastikan asrama  sentiasa berada berada dalam keadaan bersih dan selesa sentiasa.