PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, November 25, 2011

KELEBIHAN & FADHILAT BULAN ZULHIJJAH

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana berada di bulan yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah. Selawat dan salam keatas baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga, para sahabat dan umat manusia.
Apakah keutamaan bulan Zulhijjah?
1. Bulan Zulhijjah merupakan hari yang penuh dengan keberkatan. Sebagaimana firman Allah swt :
Ertinya : “Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.”          (Surah al Fajr : ayat 1- 2)
Pendapat daripada Ibnu Abbas. Rasulullah saw menggalakkan bagi setiap muslim memperbanyakkan amal soleh dan ketaatan di bulan Zulhijjah. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa baginda S.A.W pernah bersabda, “Tidaklah ada hari-hari yang beramal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, iaitu di bulan zulhijjah, para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak pula jihad di jalan Allah? Beliau baginda S.A.W menjawab, “tidak pula jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa dan harta lalu orang itu kembali dengan tidak membawa sesuatu pun”.
2. Bulan penyempurnaan agama Islam.
يا أميرالمؤمنين، آية في كتابكم تقرؤونها، لوعلينا معشراليهود نزلت
لاتخذنا ذلك اليوم عيدا. قال: أي آية ؟ قال : {اليوم أكملتلكم دينكم وأتممت عليكم
نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}. قال عمر: قدعرفنا ذلك اليوم، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، وهوقائم بعرفة يوم جمعة
Dari Umar bin al-Khathab r.a, bahawa seorang Yahudi berkata kepada beliau, “Wahai Amirul Mu’minin, ada satu ayat di dalam kitab kalian yang kalian membacanya, sekiranya ayat tersebut diturunkan pada Yahudi nescaya akan kami jadikan hari eid (perayaan) kami. ”Umar bertanya, “ayat yang manakah?” Yahudi itu berkata, “iaitu ayat yang berbunyi, “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan Aku cukupkan nikmatKu kepada kalian serta Aku redha Islam sebagai agama kalian. Umar r.a berkata, “kami telah mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat ini kepada Nabi S.A.W, dan beliau saat itu sedang berdiri (berkhutbah) di Arafah pada hari Jumaat.”       (Muttafaqun alaih)
3. Amalan lebih mulia berbanding jihad.
(( مَا مِنْ أيَّامٍ، العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أحَبُّ إِلَى الله مِن هذِهِ الأَيَّام )) يعني أيام العشر . قالوا : يَارسول اللهِ، وَلاَ الجِهَاد في سَبيل اللهِ؟ قَالَ : (( وَلاَ الجِهَاد فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّرَجُل خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَم يَرْجِع مِن ذَلِك بِشَيءٍ
Dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari ini.” (iaitu sepuluh hari). Para sahabat bertanya,“Wahai Rasulullah, tidak pula jihad di jalan Allah? ”Rasulullah S.A.W menjawab, “Tidak pula jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu pun.”     (Hadis Riwayat: Bukhari)
4. Bulan digalakkan memperbanyakkan puasa dan amalan sunat nescaya dosa sebelum dan sesudahnya mendapat keampunan oleh Allah S.W.T.
Dari Abi Qatadah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda :
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أني كفرالسنة التي قبله. والسنة التي بعده
Dari Abi Qotadah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelum dan setahun setelahnya” (Hadis Riwayat: Muslim)
Kesimpulan, semoga dengan kedatangan bulan ini, sama-sama kita memanfaatkan sepenuhnya dalam melayari bahtera kehidupan dan senantiasa menghayati perjuangan baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Tugas mahasiswa/wi Islam masa kini ialah memahami dan menghayati sejarah peristiwa Islam untuk dijadikan teladan dan pengajaran demi memartabatkan fikrah dan syakhsiah Islam dalam jiwa umat manusia.
UNIT RISALAH & TAQWIM
BIRO & UNIT DAKWAH
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir
sesi 2011/2012