PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, November 28, 2011

Makluman Berkenaan Penghantaran Borang Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 akan membuka kaunter secara rasmi untuk penghantaran permohonan baru Borang Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM daripada mahasiswa Terengganu di Mesir.
Merujuk kepada makluman berkenaan Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM yang dikeluarkan pada 14 November 2011 melalui Web Rasmi KPT Mesir, KPT Mesir telah berbincang dengan pihak MAIDAM dan memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh penerimaan borang tersebut ekoran daripada suasana politik dan pilihanraya di Mesir.
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin berurusan untuk penghantaran borang melalui KPT Mesir, sila datang ke Kaunter Penerimaan Borang Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM dan berurusan dengan Ahli Jawatankuasa Tadbir atau AJK Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPT Mesir yang bertugas sepertimana ketetapan berikut :-
Tarikh                   : 4 – 8 Disember 2011
Hari                         : Ahad – Khamis
Masa                       : 1.30 – 4.00 petang
Tempat                 : Maktabah Darul Iman, Kompleks Darul Iman, Kaherah
Selepas daripada tarikh tersebut, borang permohonan tersebut perlu dihantar oleh pemohon sendiri kepada pihak MAIDAM.
Sebelum menghantar borang, pastikan :-
  1. Borang permohonan diisi dengan lengkap.
  2. Lampirkan semua dokumen salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut :-
    • Surat Tawaran Belajar
    • Kad Pengenalan Pemohon, Ibu Bapa / Penjaga
    • Surat Bermastautin
    • Surat Penolakan dari Yayasan Terengganu / PTPTN / MARA / JPA / Lain-lain Agensi Berkaitan
    • Sijil-sijil Akademik (SPM dll)
    • Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga / Pengesahan Pendapatan Bagi Yang Bekerja Sendiri
    • Keputusan Peperiksaan Semester
    • Pendapatan Bagi Yang Bekerja Sendiri
    • Salinan Muka Depan Buku Bank
    • Sijil Kursus Bahasa & Kursus BTN
    • Lain-lain Dokumen Yang Berkaitan
Wakil tidak dibenarkan untuk menyerahkan borang permohonan tersebut. Bagi mahasiswa Terengganu yang tinggal di muhafazah, pastikan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) di muhafazah masing-masing sekiranya ingin bermusafir ke Kaherah.
Justeru itu, diharapkan dapat mematuhi Garis Panduan Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Sebarang permasalahan, sila rujuk kepada  :-
1.   Setiausaha KPT Mesir, saudara Wan Mohd Khairuddin bin Wan Isa (+201140435469)
2.   Naib Setiausaha KPT Mesir, saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah (+201116452575)
3.   Setiausaha HEWI KPT Mesir, saudari Naufal binti Kamaruddin (+201116035380)
4.   atau terus berhubung kepada pihak MAIDAM (+6096303030)
Semoga makluman ini diambil perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak dan lebih memudahkan urusan yang berkaitan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, wassalam.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERIMU DAN BERAMAL”
Saya yang menurut perintah,
WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.