PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, November 1, 2011

Majlis Apresiasi : Dewan Andalus Al-Azhar Conference Center (ACC)

KAHERAH, 1 Nov - Pihak pengurusan Majlis Apresiasi mengumumkan bahawa Majlis Apresiasi yang bakal berlangsung pada 2 November (esok) akan diadakan di Dewan Andalus di Al-Azhar CFonference Center.

PMRAM menyatakan bahawa Majlis Apresiasi yang akan diadakan di Dewan Andalus tersebut merupakan majlis paling berprestij dan julumg-julung kali diadakan di Dewan Andalus.

Dewan Andalus yang menjadi medan majlis keramaian bagi graduan dan mahasiswa cemerlang merupakan kali pertama bagi PMRAM dalam menganjurkan program.

Dewan Andalus merupakan dewan yang paling besar di Al-Azhar Conference Center (ACC) dan menjadi tempat persidangan para ulama tersohor serta tempat pengisytiharan anak bulan yang  diumumkan oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah, setiap tahun.

Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Firdauz Noh yang merupakan pemantau bagi Majlis Apresiasi berkata penggunaan Dewan Andalus ACC merupakan satu nikmat yang diberikan kepada PMRAM sebagai 'hadiah teristimewa' buat para peserta yang menyertai samada graduan atau mahasiswa cemerlang.

"PMRAM amat berbesar hati apabila dapat menggunakan Dewan Andalus untuk Majlis Apresiasi pada tahun ini. Ia merupakan satu tanda kesungguhan PMRAM dalam menjayakan agenda akademik dalam meraikan kejayaan mahasiswa/wi Islam," ulas beliau ketika ditemui.

Untuk makluman setiap peserta yang menyertai Majlis Apresiasi, sebarang pertanyaan boleh terus merujuk kepada Badan Pengurus dan HEWI PMRAM.